Pages

Oct 31, 2011

Separuh Penuh Vs Separuh Kosong

Assalamualaikum wbt.


Duduk 'bersepah' di ruang tamu. Masing-masing study ikut pilihan hati. Jumlah semuanya 6 orang. Ditambah dengan seorang yang selalu berkampung di rumah kami menjadi 7.

Makin gamat sebab masing-masing kalut dengan 'exam mood'. Mulut tak henti tanya itu ini yang tak faham, kurang pasti dan tak pernah tahu.

Semuanya di celah-celah buku.

Dan tiba-tiba Kak Dayang bersuara sambil memegang gelas jernih berisi air.

 "Eh, korang cuba teka. Kalau korang tengok gelas ni separuh penuh ka separuh kosong?"

Semua letak buku serentak.

Tiap-tiap orang pulak tu kene jawab. Ada yang jawab separuh penuh, ada yang jawab separuh kosong.
Ada yang takut nak jawab tapi akhirnya jawab juga setelah dipaksa.

"OK lah saya bagi jawapannya", Kak Dayang bersuara sambil ketawa.

"Actually, tiada jawapan yang betul bah..."


"Kalau kamu jawab separuh penuh dats mean fikiran kamu positif."


"Kalau kamu kata separuh kosong, kamu tu negatif orangnya."


Rumah makin gamat dengan suara-suara 'anak dara'.


"Patut la ko selalu fikir bukan-bukan." Salah seorang menepuk sambil ketawa pada rakan yang cakap separuh kosong. Serentak ketawa berderai lagi.

Yang menjawab separuh kosong terus menutup muka dengan bantal.



Begitulah kehidupan. Kita boleh lihat sesuatu dari sudut pandangan yang berbeza.
Tiap yang berlaku sepatutnya dilihat dari sudut positif.

Pencerahan selepas kegelapan yang melanda amatlah penting.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Al-Baqarah 2:155) 



How About You??



p/s : -terima sms dr seorg shbt ptg ni. Moga awok tabah sokmo ye.....=D

Oct 30, 2011

Seven Wonders Of The World

Assalamualaikum wbt.

Jalan-jalan kat alam maya petang ni. Search Seven Wonders Of The World yang terbaru.

Apa yang penting kita mengambil pengajaran daripada apa yang dilihat.


Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah. (Ghaafir 40:21)
 

Chichen Itza
Yucatán, Mexico

 Machu Picchu
Cuzco Region, Peru

Colosseum 
Rome, Italy

Christ the Redeemer 
Rio de Janeiro, Brazil

Great Wall of China 
People's Republic of China

Petra, Jordan



























































Taj Mahal , Agra India

 Allah Maha Hebat dan Tiada Tandingan!
 

KFC

Assalamualaikum wbt.

"Kita nak makan apa hari ni?" kata salah seorang housemate suatu hari.

"Jom kita gi KFC ja lah depan sana. Tukang masak cuti hari ni bah..." sapa yang lain pula.

Dan sepakat hari itu ke deretan kedai di Beverly Hills. Jalan beriringan dari rumah. Almaklum semuanya tiada kenderaan. Cuaca hari tu mendung. Berjalan melintasi blok-blok yang lain disebabkan rumah kami jauh ke belakang.

Sambil jalan mulut tak henti bercerita,

"Rumah kita dah penuh dengan BBM(Bahan Bantu Mengajar). Nak menyapu pun kene letak tepi-tepi BBM tu". 

"Baru nampak rumah tiser(teacher)".

"Malam tadi ada orang tu tido atas kertas mahjong. Aku terkejut bangun2 tengok dia atas kertas mahjong".
Serentak ketawa menandakan seisi rumah tahu siapakah itu...=).

Langkah terus diatur.

"Nak tunggu bulan 11 ni maunya penuh rumah kita.Confirm tak bawak balik semenanjung".

"Sayang la pulak. Tapi akak yang Sarawak ni pun tak bawak balik juga...".

"Nanti kita bilang sama Pam, dia kan selalu jumpa madam di kelas bah..". Yang lain hanya mengangguk setuju.

Hujan rintik-rintik mula turun. Langkah makin laju. Sambil jalan ,sambil bercerita, sambil bergurau. Ada yang pegang payung cucuk payung yang lain.

"Sampai........" salah sorang kami mematikan perbualan.

Masuk KFC, terus menju ke meja paling tepi, paling tersorok.

"Privacy sikit kat sini". Saya bersuara.
Yang lain senyum.


Beverly Hills 2010


Dan kelmarin saya melintasi KFC. Teringat semula kenangan itu. Melihat dari luar mereka yang di dalam seronok dengan rakan masing-masing. Saya kesunyian tanpa rakan-rakan.

Hajat untuk masuk dibatalkan. Dunia pekerjaan yang membataskan pergerakan bersama dengan rakan. Masa dengan rakan sekerja yang terbatas dek kerana kesibukan masing-masing yang kebanyakannya sudah berumah tangga.

Bukan hidup dalam kenangan. Tapi lebih mensyukuri nikmat belajar. Nikmat berukhwah. Nikmat yang sudah berlalu.


Rebutlah Peluang Berukhwah Selagi Ada!

 

Oct 29, 2011

Good And Bad

Assalamualaikum wbt.

Siang tadi saya ke Kuantan untuk menyelesaikan urusan yang sudah lama tertangguh. Kelewatan bertolak ke bandar menyebabkan saya tiba pada waktu rehat yang agak panjang pada hari Jumaat.

Langkah diatur dengan pantas membelah terik cahaya matahari ditambah dengan kesesakan jalan dengan kaum Adam yang berpusu-pusu berkenderaan dan berjalan kaki ke masjid. Terasa kemeriahan penghulu segala hari, hari perhimpunan mingguan umat Islam. Oleh sebab azan berkumandang, saya memilih untuk ke surau berdekatan menunaikan solat Zohor dahulu. Saya masih ingat kata-kata seseorang, jika kita utamakan hak Allah, nescaya kita akan lebih tenang.

Usai solat, saya menuju ke kedai buku. Dalam perjalanan, perasaan sedih mula membaluti jiwa. Kelihatan ramai sekali kaum muslimin  yang tidak solat Jumaat. Bukan sahaja golongan kanak-kanak, tetapi masyaAllah yang sudah berusia juga tak ketinggalan, berlegar di pasar raya bersama isteri dan anak. Lupakah mereka hari ini hari Jumaat? Sudah hilangkah sifat malu walau secalit di hati?. Paling tidak, malu pada diri sendiri. Malu melihat diri sendiri melakukan maksiat.

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah
(dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); 
yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui 
(hakikat yang sebenarnya), (Al-Jumu'ah 62:9)

Sudah lama tidak ke kedai buku. Hampir sebulan. Hati melonjak gembira melihat buku-buku tersusun kemas di rak kedai. Anak mata ligat meneliti tajuk tiap buku beratur =D. Tuan kedai sudah mengkategorikan buku-buku kepada 'best seller' ,'best buy' dan 'terkini 2011'. dan tak lupa juga ada jualan penghabisan stok!! Diskaun 25% dan 50%. (^_^).  Fitrah manusia, mahu yang murah. Saya berdiri lama di deretan buku jualan penghabisan stok. Satu persatu buku ditilik dan diselang seli dengan membaca sinopsis buku yang menjadi pilihan dihati. Niat terkubur begitu sahaja kerana tiada yang betul-betul menarik perhatian kali ini.

Seterusnya saya berlegar pula di rak biasa. Hati tertarik dengan satu buku. Terus tangan mencapai, dibelek dari depan ke belakang berulang kali. Membaca sepintas lalu isinya. Hati membulat ingin memiliki buku ini. Terdetik juga, lain betul tema buku yang dipilih kali ni. Belum pernah beli buku begini. Buku apa? Cerita lain kali lah ya. Saya mahu menghabiskan bacaannya terlebih dahulu sebelum membuat sedikit bedah buku di blog.
Saya ke kaunter pembayaran. Sementara menunggu giliran, ternampak iklan jawatan kosong yang disiarkan oleh kedai berkenaan. Ayatnya lebih kurang begini,

  • Wanita sahaja
  • Berakhlak mulia
  • Menutup aurat dengan sempurna
Subhanallah!!!! jarang-jarang pekerjaan yang meletakkan syarat-syarat begini. Menghitung diri sepanjang umur yang ada, sepanjang memohon pekerjaan, tidak pernah terdapat syarat begini. Kan bagus kalau ada syarat ini terutama kalau nak jadi cikgu. Sebab murid akan mencontohi kita. apa yang kita pakai, apa yang kita buat, itulah yang disimpan dalam memori. Yang bakal mereka terjemahkan kepada perbuatan suatu hari nanti. Bukan cikgu sahaja, semua pekerjaan juga. Yang menyelidik di makmal, yang memandu teksi, yang merawat pesakit, yang berniaga dan semua jenis pekerjaan halal yang ada.

Teringat satu peristiwa semasa awal-awal keberadaan di sebuah institut di Sabah. Sampai waktu Pendidikan Jasmani. Saya telah disalahkan kerana tidak memasukkan tudung ke dalam baju dan tight in t-shirt yang dipakai. Guru telah berkata kepada saya, "Kalau kamu tak nak ikut peraturan, kemas beg dan balik kampung. Ramai lagi yang nak masuk. Berpuluh ribu yang nak masuk tapi tak lepas". Saya ditertawakan rakan sekelas yang tidak faham agama. Tidak faham hak Allah. Pedih hati menahan sabar dan amarah. Marah kerana agama saya ditertawa dan dipersenda. Berhadapan dengan yang mungkin belum tahu. Cikgu, saya tak pernah berdendam dengan cikgu. Saya doakan cikgu dan rakan-rakan mendapat hidayah Allah suatu hari nanti.

Indahnya bila Islam dipraktikkan, bila umat Islam menguasai ekonomi, bila umat Islam membuka peluang pekerjaan. Umat Islam yang bagaimana? Yang mengutamakan hak-hak Allah.

I've learned two things today. Good and bad. Satu dijadikan teladan dan satu lagi dijadikan sempadan. Supaya dapat disampaikan kepada sesiapa di sekeliling dan generasi akan datang.


The Real Muslim Practices the Real Islam!

















Oct 27, 2011

Bara Api

Assalamualaikum wbt.


Pernah tak kita tersentuh bara api? Bagaimana rasanya? Pasti panas. Jadi kita cepat-cepat melepaskan bara api itu.

Mungkin kita sedar atau pun tidak, kita sekarang sebagai orang Islam, hidup seperti menggenggam bara api.

Rasulullah telah mengingatkan dalam sabdanya tentang peristiwa akhir zaman yang bermaksud,

               Daripada Anas ra berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api".
 

Cuba kita lihat sekeliling, betapa ramai orang Islam yang tidak memegang agama dengan sungguh-sungguh.
Orang tua-tua kata, pegang agama Islam ni biar jadi darah daging.

Tak perlu pergi jauh, lihat pada diri masing-masing. Sejauh mana kita berpegang pada ajaran Allah swt dan Rasullullah saw.

Allah suruh kita tutup aurat dengan sempurna, tapi kita pentingkan fesyen.

Allah suruh kita berkata benar, ada juga kita menipu.

Allah suruh kita hormat dan taat pada ibu bapa, kita ikut perasaan, tinggi suara, tarik muka.

Allah suruh jaga batas pergaulan, kita bebas bergaul dengan bukan mahram.

Allah larang kita sokong orang yang zalim, kita sokong juga.


Kita sudah banyak ringankan benda yang berat. Remehkan perkara yang penting. Take for granted the important things.

Memang kita rasa susah nak buat benda baik. Banyak halangan. Sahabat-sahabatku semua, mesti pernah rasakan. Betapa susahnya menggenggam bara api. Hal yang kecil sahaja. Ingatkah kalian semua, betapa kita sukar memilih rakan untuk bermusafir? Bukan sebab mereka tu tak mahu melayan kita. Tapi kita risau dan berdebar-debar tiap kali masuk waktu solat, mereka tiada tanda-tanda nak cari masjid atau surau. Kita pun jadi tak seronok.

Jadi kita lebih rela memilih untuk berkata TIDAK kepada mereka. TIDAK MAHU IKUT SERTA.

It's ok my buddies...

Biarlah kita tergolong dalam kalangan mereka yang 'menggenggam bara api' di akhir zaman.
Moga dengan ini kita terselamat dari api yang sangat dahsyat di akhirat kelak.

 Be different...

Sanggupkah Kita Menggenggam Erat Bara Api?








































Oct 26, 2011

Our Goals

Assalamualaikum wbt.



Pagi ini..terpaku di tikar sejadah...dengan terjemahan al-Quran..jari-jemari ligat mencari ayat-ayat cinta daripada yang Agung.

Ayat-ayat dipilih secara rawak. Supaya mengingatkan diri yang selalu lupa. Bahawa kesenangan dunia hanya sementara.

Moga-moga diri tidak terikut hawa nafsu. Moga boleh bertindak berlunaskan iman memandu akal.

Ya Allah, janganlah dunia melalaikan diriku. Nauzubillah....

Ya Allah, Your Jannah Is My Goal.


Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (A-li'Imraan 3:14) 

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (Al-Kahfi 18:46) 

Dan bukanlah harta benda kamu dan tidak juga anak pinak kamu yang mendampingkan kamu di sisi Kami walau sedikitpun, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan beroleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang mereka telah kerjakan; dan mereka pula ditempatkan dalam mahligai-mahligai (di Syurga) dengan aman sentosa. (Saba' 34:37) 

Harta benda mereka dan anak pinak mereka tidak sekali-kali akan dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari azab Allah. Merekalah ahli neraka, mereka tetap kekal di dalamnya.
(Al-Mujaadalah 58:17)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Al-Munaafiquun 63:9)

The Best oF the Goals (to return to) is JANNAH!
         


Oct 24, 2011

Forum Cafe Cinta

Assalamualaikum wbt.



 "Baju Kurung Bertemu Baju Melayu"

Bertemu Di Pintu Syurga

Assalamualaikum wbt.


Cerita dipetik daripada kitab  Kitab Al Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub terjemahan oleh Asy-Sheikh Ali Bin Abdur Rahmad Al-Kelantani.

Selalu tak kita dengar ramai kanak-kanak yang Allah sayangkan dia. Allah matikan dia dalam usia yang muda. Bagaimana penerimaan kedua ibu bapanya?

Tetap SABAR?


atau MENGELUH?

KECEWA?


Tahu tak betapa Allah swt telah menyediakan ganjaran yang cukup hebat bagi ibu bapa yang sabar dan redha atas kematian anaknya?


Pada hari kiamat, Allah swt akan berfirman kepada malaikat, 

"Pergi oleh mu dengan mereka(kanak-kanak) itu"


Maka kanak-kanak tersebut berhenti di pintu syurga. Segala malaikat yang menjaga syurga marhaban kepada mereka dan berkata, 

"Masuklah kamu ke syurga tanpa hisab".


Kanak-kanak itu berkata, "Di mana segala ibu-ibu dan bapa-bapa kami?"


Malaikat menjawab, "Sesungguhnya ibu-ibu dan bapa-bapa kamu tidak seperti kamu. Atas mereka itu dosa, tuntutan dan kejahatan."


Maka kanak-kanak itu pun berkata, "Sesungguhnya telah sabar mereka itu dengan ketiadaan kami kerana mengharap pahala pada hari ini".


Kemudian, mereka pun berhenti di pintu syurga dan menjerit beramai-ramai dengan satu jeritan.


Allah swt pun berfirman kepada malaikat padahal Dia lebih mengetahui, "Jeritan apakah itu?"


Malaikat menjawab, "Sesungguhnya itu jeritan kanak-kanak muslimin. Sesungguhnya mereka berkata kami tidak akan masuk syurga melainkan beserta bapa-bapa kami dan ibu-ibu kami".


Kemudian Allah swt berfirman, hendaklah masuk sekalian mereka itu.


Mereka pun segera memimpin tangan bapa-bapa dan ibu-ibu mereka  dan masuklah SYURGA sekalian mereka itu.


Itulah GANJARAN HEBAT yang Allah swt janjikan kepada mereka yang bersabar daripada sesuatu yang luput dari mereka daripada PAHALA YANG AMAT BESAR.

Mereka berkata innalillahi wa inna ilaiharajiun wa la hau lawala kuwwata illa billahii 'aliyyil azim dan Allah swt memberi keampunan kepada ibu bapa mereka.

Mereka pun memberi minum kepada kedua ibu bapa mereka air daripada kolam Nabi saw pada hari Kiamat, hari yang sangat dahaga.


Rugilah bagi orang yang SEDIKIT SABAR atas sesuatu yang luput dari mereka.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya mesti lebih banyak bersabar dengan sesuatu yang luput dari diri. Semuanya terdapat HIKMAH yang tersimpan. 

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (Al-Mulk 67:2) 

Oct 22, 2011

Antara Dua Kasih

Assalamualaikum wbt.



Antara Dua Kasih

Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang

Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi

Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih

Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk dipelihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan

Bisa mengundang keredhaan Tuhan
Jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya

Kasih manusia hanya sementara

Deru ombak pecah berderai

Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai 
 
 

KASIH MANUSIA JUGA ALLAH KURNIAKAN SEBAGAI TANDA KASIH ALLAH KEPADA KITA.

ANTARA DUA KASIH ALLAH  DAN MANUSIA..
YANG MANA PILIHAN KITA?

Oct 21, 2011

Makin Hampir

Assalamualaikum wbt.


Selalu saja duduk atas kerusi, pandang jarum jam bergerak, makin rasa takut.

Setiap detik berlalu begitu pantas.

Tiada tanda bila menghampirinya.

Tiada loceng jam berbunyi untuk mengingatkan.

 Sungguh pasti saya makin menghampiri sesuatu.

Menghampiri waktu pulang.

Pulang ke kampung abadi.

Moga-moga pulang dengan bekalan TAQWA.

Untuk dipersembahkan kepada Penciptaku.

Malu rasanya jika pulang dengan TANGAN KOSONG.  

Harapanku hamba yang hina.

Mendapat RAHMAT dan KEAMPUNAN MU.

Sayu hati saat ini.

ALLAH! ALLAH! ALLAH!

Oct 19, 2011

'Screenagers'

Assalamualaikum wbt.


Dengar term 'Screenagers' masa kuliyah Maghrib suatu hari.

Ustaz cakap manusia sekarang terutama golongan muda dan kanak-kanak adalah generasi yang lalai dengan benda- benda teknologi yang pada asalnya dicipta untuk kemudahan urusan manusia tapi disalah gunakan.

Kalau dulu,

Anak-anak boleh buat macam-macam benda, paling tidak tolong mak ayah dengan kerja-kerja kat rumah. Tapi sekarang, susah sangat nak keluar dari bilik. Bukan study, tapi menghadap laptop, melayari internet, FB memanjang, layan cerita macam-macam.

Kalau dulu,

Sehari dapat mengaji Quran banyak muka surat, dapat baca buku, kitab tapi sekarang, waktu yang kita guna untuk menghadap PC lebih lama berbanding mengaji. Jauh langit dengan bumi masanya. Langsung tak seimbang. Bayangkan betapa ruginya kita.

Kalau dulu,

Kita berkawan dengan manusia, tapi sekarang kita banyak berkawan dengan PC. Kita kadang-kadang sahaja berbual dengan kawan, jiran(ada yang tak kenal langsung), adik beradik. Hubungan makin renggang. Kalau satu rumah ada lebih dari satu PC, masing-masing menghadap PC. Kalau adik beradik atau ibu bapa panggil nak bercakap pun, bercakap sambil muka mengahadap PC.

Kalau dulu,

Kita bermain ada batasnya. Tapi sekarang, betapa ramai yang main game tanam itu ini kat internet. LEKA.
Solat entah ke mana. Waktu sembahyang tak dijaga. Macam-macam lagi game yang direka oleh orang kafir laknatullah untuk melekakan kita umat Islam. Generasi kita TERTIPU. Tertipu dengan TEKNOLOGI.

Oleh itu,
Mari kita renung diri masing-masing. Kita sekarang berada dalam zaman yang serba moden. Tapi jangan biarkan kemodenan tu membuatkan kita SEDIKIT SEKALI MELUANGKAN MASA UNTUK PEMBERI NIKMAT KEMODENAN.

Gambar hiasan


Setiap yang dilakukan mesti ada batas dan kawalan!

FN :
Screenager : - A teenager who spends the majority of his/her time in front of the computer, usually surfing the net.




















Oct 17, 2011

Empat Tanda Bahagia

Assalamualaikum wbt.


Ada empat tanda seseorang itu bahagia : -

** Isterinya taat kepadanya**
** Saudaranya yang soleh**
** Anaknya mempunyai kebajikan**
** Rezeki ada di negerinya**



Adakah kita sudah bahagia??

Oct 16, 2011

Ummah Terbaik

Assalamualaikum wbt.


Entah mengapa perkataan ummah terbaik bermain di fikiran saya sejak petang tadi. Ada seorang sahabat yang pernah bercakap tentang ummah terbaik semasa solat di surau blok.

Meneliti terjemahan Al-Quran dari ayat dalam surah Ali Imraan yang bermaksud,

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. (A-li'Imraan 3:110)



Mengapa kita dianggap oleh Allah swt sebagai umat yang terbaik ?

Pertama,
Kerana kita menyuruh manusia (terutama masyarakat sekeliling) supaya berbuat baik dan melarang mereka daipada berbuat kejahatan.

Kita ambil yang mudah-mudah dahulu. Kalau kita ternampak sesuatu yaang tidak menyedapkan mata kita memandang, adakah kita dengan berani pergi menegur?

Alhamdulillah, tahniah bagi yang telah menegur dengan berhikmah.
Tapi bagaimana pula yang masih lemah dalam skill untuk menegur? (saya juga masih dalam takuk ini).

Masih jauh kita untuk benar-benar mencapai title ummah terbaik seperti yang tercatat dalam kalamullah.

Ya Allah, aku rindukan petunjukMu.
Jangan biarkan aku sesat.
Beri aku kekuatan untuk menjalakan amar ma'ruf dan nahi mungkar.

Kedua, 
Kerana kita beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman.

Apakah sebenar-benar iman?
Keimanan yang mutlak. Tidak mempersekutukan Allah swt.
Mengutamakan segala hak Allah swt.

Sejauh manakah kita telah membuktikan dengan anggota badan tentang keimanan kita?
Sejauh manakah kita ikhlas dalam pengakuan, perkataan dan perbuatan?

Ayuh, kita tak punya banyak masa lagi untuk membuktikan kita ummah yang terbaik.
Tak perlu bertangguh lagi.

Kerana, pekerjaan kita akan terhenti bila-bila masa sahaja dari saat ini bila datangnya KEMATIAN!


WE ARE THE BEST UMMAH !

Oct 14, 2011

Mengubah Sempadan Iman

Assalamualaikum wbt.

Sebuah buku catatan pengalaman seorang yang telah dijemput oleh Allah menjadi tetamuNya mengerjakan ibadah HAJI.







Mengisahkan tentang pengalaman, pandangan dan catatan berkaitan dengan ibadah haji yang telah dilalui oleh seorang insan. Namun, ia dapat memberi manfaat kepada semua orang. Ia boleh dilabelkan sebagai buku motivasi dakwah. Benar, ia terhasil daripada pengalaman. Ia catatan seorang manusiatidak berilmu tetapi diberi ilham olehNya.  (Petikan daripada penulis)

Oct 12, 2011

Kosong

Assalamualaikum wbt.


Terasa kosong malam ni. Zaman belajar yang penuh dengan ingatan dan teguran dari kawan-kawan seperti sudah lama meninggalkan saya. Mujur ada yang masih melangkah bersama-sama.

Zaman kerja yang perlu banyak 'survive' dengan masyarakat yang lebih besar.

Dan

sekarang lebih banyak lagi belajar benda baru daripada pengalaman.

Tapi

satu yang terasa kosong. JIWA.

Ya, saya perlu lebih fokus untuk menambah ilmu dunia dan akhirat dengan pendekatan yang berbeza sekarang.

Mencari majlis ilmu.
Menggenggam erat tangan rakan yang ingin melangkah bersama.

Menggandakan pembacaan bahan yang bermanfaat untuk Islam.   
Menyampaikan pada orang sekeliling.


Kerana,
Sungguh terasa kehilangan mutiara....
Sahabat-sahabatku semuanya sudah jauh di sana-sini.

Saya perlukan 
RUHUL JADID!

Oct 9, 2011

Musim Haji Tiba Lagi

Assalamualaikum wbt.
 

 


Sesungguhnya Rumah Ibadah yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. (A-li'Imraan 3:96)


Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. (A-li'Imraan 3:97) 



Ya Allah, 
sampaikanlah aku ke rumah Mu
Berilah aku kecukupan dan kemudahan

Ya Allah, pilihlah aku, keluargaku, guru-guruku dan sahabat-sahabatku
menjadi tetamu Mu

Allah humma Amiin.


Ayuh kita berdikit-dikit dari sekarang!

Oct 6, 2011

Realiti Hidup

Assalamualaikum wbt.



Realiti hidup
Tak semudah yang dijangka
Tak sama dengan yang dirancang

Realiti hidup
Tak semua orang fikir sama dengan kita
Tak semua orang nak buat kerja mereka

Realiti hidup
Ramai kawan semasa senang
Sedikit pula semasa susah

Realiti hidup
Tiada istilah rehat sebenar
Dan penghujungnya rehat di alam sana

Realiti hidup
Hidup yang tiada kematian
Hidup selamanya di akhirat


 
 




Oct 4, 2011

Pemberian Yang Terlebih Afdhal

Assalamualaikum wbt.

Hampir seminggu tak menjenguk blog sendiri. Pelbagai urusan yang lebih penting perlu diutamakan.

Dan akhirnya tiada kudrat lagi untuk menghadap laptop. Mari kita cas semula bateri !

Saya ingin kongsikan satu hadith yang mengusik jiwa saya semasa mengikuti satu majlis ilmu pada hujung minggu yang lalu.

Sabda Nabi saw yang bermaksud,
"Tiada memberi bapa akan anaknya akan pemberian yang terlebih afdhal daripada adab yang baik"


Satu kisah yang diceritakan oleh Abu Dzar r.a dalam Kitab Al Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub, suatu hari beliau duduk di sisi Rasulullah saw. Tiba -tiba cucu baginda saw Hasan dan Husin datang dan memanjat di atas belakang Nabi saw dan bermain-main akan keduanya.


Setelah selesai pengajaran nabi, Saidina Ali karamallahu Wajhah pun berkata,"Turunlah kamu wahai anakku".  Setelah itu Hasan dan Husin takut kepada ayahnya lalu mereka turun daripada belakang datuk mereka. Setelah itu Saidina Ali memukul mereka di hadapan Nabi saw sebagai memberi pengajaran supaya beradab.


Lalu, Nabi saw bersabda, "Hai Ali, janganlah kamu jerkah Hasan dan Husin kerana bahawasanya mereka itu harumanku dan kesenangan hatiku".


Kata Saidina Ali kwjh, sami'na wa ato'na .

Maka, turunlah Jibril a.s dan berkata ia, "Ya Muhammad, Allah berfirman Tinggalllah olehmu akan Ali supaya ia mengadabkan akan keduanya akan kebaikan"


Sesungguhnya seseorang yang meniggalkan anak yang soleh di dunia, di akhirat nanti anak mereka akan memberi syafaat kepada kedua orang tuanya.

Begitu juga sebaliknya. Jika kita meninggalkan anak yang jahil, melakukan maksiat, maka setiap dosa yang dilakukan oleh anaknya akan juga ditanggung sama banyak oleh ibu bapanya.

Jadi pilihlah untuk meniggalkan anak yang soleh, bukan yang tolih.


CARANYA?
Tiada jalan lain kecuali kita mengadabkan anak-anak dengan ilmu agama dan meninggalkan mereka dalam keadaan bertaqwa kepada Allah.


SEDAR TAK?
Kita selalu memikirkan, kalau kita meninggal, apa harta yang nak diwarisi kepada anak.
Bimbang kita memikirkannnya.


Namun,
Kita tak fikir, bagaimana kita nak tinggalkan anak dalam keadaan mereka TIDAK MENYEKUTUKAN ALLAH SELAMA-LAMANYA.




Adabkanlah anak-anakmu!