Pages

Oct 16, 2011

Ummah Terbaik

Assalamualaikum wbt.


Entah mengapa perkataan ummah terbaik bermain di fikiran saya sejak petang tadi. Ada seorang sahabat yang pernah bercakap tentang ummah terbaik semasa solat di surau blok.

Meneliti terjemahan Al-Quran dari ayat dalam surah Ali Imraan yang bermaksud,

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. (A-li'Imraan 3:110)



Mengapa kita dianggap oleh Allah swt sebagai umat yang terbaik ?

Pertama,
Kerana kita menyuruh manusia (terutama masyarakat sekeliling) supaya berbuat baik dan melarang mereka daipada berbuat kejahatan.

Kita ambil yang mudah-mudah dahulu. Kalau kita ternampak sesuatu yaang tidak menyedapkan mata kita memandang, adakah kita dengan berani pergi menegur?

Alhamdulillah, tahniah bagi yang telah menegur dengan berhikmah.
Tapi bagaimana pula yang masih lemah dalam skill untuk menegur? (saya juga masih dalam takuk ini).

Masih jauh kita untuk benar-benar mencapai title ummah terbaik seperti yang tercatat dalam kalamullah.

Ya Allah, aku rindukan petunjukMu.
Jangan biarkan aku sesat.
Beri aku kekuatan untuk menjalakan amar ma'ruf dan nahi mungkar.

Kedua, 
Kerana kita beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman.

Apakah sebenar-benar iman?
Keimanan yang mutlak. Tidak mempersekutukan Allah swt.
Mengutamakan segala hak Allah swt.

Sejauh manakah kita telah membuktikan dengan anggota badan tentang keimanan kita?
Sejauh manakah kita ikhlas dalam pengakuan, perkataan dan perbuatan?

Ayuh, kita tak punya banyak masa lagi untuk membuktikan kita ummah yang terbaik.
Tak perlu bertangguh lagi.

Kerana, pekerjaan kita akan terhenti bila-bila masa sahaja dari saat ini bila datangnya KEMATIAN!


WE ARE THE BEST UMMAH !

0 comments: