Pages

Oct 26, 2011

Our Goals

Assalamualaikum wbt.



Pagi ini..terpaku di tikar sejadah...dengan terjemahan al-Quran..jari-jemari ligat mencari ayat-ayat cinta daripada yang Agung.

Ayat-ayat dipilih secara rawak. Supaya mengingatkan diri yang selalu lupa. Bahawa kesenangan dunia hanya sementara.

Moga-moga diri tidak terikut hawa nafsu. Moga boleh bertindak berlunaskan iman memandu akal.

Ya Allah, janganlah dunia melalaikan diriku. Nauzubillah....

Ya Allah, Your Jannah Is My Goal.


Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (A-li'Imraan 3:14) 

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (Al-Kahfi 18:46) 

Dan bukanlah harta benda kamu dan tidak juga anak pinak kamu yang mendampingkan kamu di sisi Kami walau sedikitpun, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan beroleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang mereka telah kerjakan; dan mereka pula ditempatkan dalam mahligai-mahligai (di Syurga) dengan aman sentosa. (Saba' 34:37) 

Harta benda mereka dan anak pinak mereka tidak sekali-kali akan dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari azab Allah. Merekalah ahli neraka, mereka tetap kekal di dalamnya.
(Al-Mujaadalah 58:17)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Al-Munaafiquun 63:9)

The Best oF the Goals (to return to) is JANNAH!
         


0 comments: