Siang tadi saya ke Kuantan untuk menyelesaikan urusan yang sudah lama tertangguh. Kelewatan bertolak ke bandar menyebabkan saya tiba pada waktu rehat yang agak panjang pada hari Jumaat.
Langkah diatur dengan pantas membelah terik cahaya matahari ditambah dengan kesesakan jalan dengan kaum Adam yang berpusu-pusu berkenderaan dan berjalan kaki ke masjid. Terasa kemeriahan penghulu segala hari, hari perhimpunan mingguan umat Islam. Oleh sebab azan berkumandang, saya memilih untuk ke surau berdekatan menunaikan solat Zohor dahulu. Saya masih ingat kata-kata seseorang, jika kita utamakan hak Allah, nescaya kita akan lebih tenang.
Usai solat, saya menuju ke kedai buku. Dalam perjalanan, perasaan sedih mula membaluti jiwa. Kelihatan ramai sekali kaum muslimin yang tidak solat Jumaat. Bukan sahaja golongan kanak-kanak, tetapi masyaAllah yang sudah berusia juga tak ketinggalan, berlegar di pasar raya bersama isteri dan anak. Lupakah mereka hari ini hari Jumaat? Sudah hilangkah sifat malu walau secalit di hati?. Paling tidak, malu pada diri sendiri. Malu melihat diri sendiri melakukan maksiat.
- Wanita sahaja
- Berakhlak mulia
- Menutup aurat dengan sempurna
Teringat satu peristiwa semasa awal-awal keberadaan di sebuah institut di Sabah. Sampai waktu Pendidikan Jasmani. Saya telah disalahkan kerana tidak memasukkan tudung ke dalam baju dan tight in t-shirt yang dipakai. Guru telah berkata kepada saya, "Kalau kamu tak nak ikut peraturan, kemas beg dan balik kampung. Ramai lagi yang nak masuk. Berpuluh ribu yang nak masuk tapi tak lepas". Saya ditertawakan rakan sekelas yang tidak faham agama. Tidak faham hak Allah. Pedih hati menahan sabar dan amarah. Marah kerana agama saya ditertawa dan dipersenda. Berhadapan dengan yang mungkin belum tahu. Cikgu, saya tak pernah berdendam dengan cikgu. Saya doakan cikgu dan rakan-rakan mendapat hidayah Allah suatu hari nanti.
Indahnya bila Islam dipraktikkan, bila umat Islam menguasai ekonomi, bila umat Islam membuka peluang pekerjaan. Umat Islam yang bagaimana? Yang mengutamakan hak-hak Allah.
I've learned two things today. Good and bad. Satu dijadikan teladan dan satu lagi dijadikan sempadan. Supaya dapat disampaikan kepada sesiapa di sekeliling dan generasi akan datang.
6 comments:
mmg penat bila kna ikut peraturan org yang x faham agama.....kna paksa join macam2....huh
tu lah perkara yg paling tak rela dilakukan...
sabar ye bakal cikgu n cikgu..perjuangan kalian bnyk hikmahnya...
ye cik amy....anda juga turut sama berjuang..turut sama turun padang..method berbeza tp tujuannya sama....=p
macam tu ka, hmmm, memanglah, saya sendiri kawan-kawan pesan nak pergi interview pakai tudung biasa, hmmm
Tapi, Milah, sekolah tempat saya mengajar tahun lepas mewajibkan tenaga menutup aurat, ada majikan yang menitikberatkan soal ni, sekolah swasta lah, kalau sek tuttttt memang susah ckit la, na masuk kerja dengan tuttttt memang tak wajibkan bab agama, hehe/......
tu lah baiknya bila umat islam yang pegang ekonomi n buka peluang pekerjaan..tp mesti yg amalkan islam..bukan yg hanya nama islam mcm tuttttt..huhu
Post a Comment