Pages

Oct 29, 2011

Good And Bad

Assalamualaikum wbt.

Siang tadi saya ke Kuantan untuk menyelesaikan urusan yang sudah lama tertangguh. Kelewatan bertolak ke bandar menyebabkan saya tiba pada waktu rehat yang agak panjang pada hari Jumaat.

Langkah diatur dengan pantas membelah terik cahaya matahari ditambah dengan kesesakan jalan dengan kaum Adam yang berpusu-pusu berkenderaan dan berjalan kaki ke masjid. Terasa kemeriahan penghulu segala hari, hari perhimpunan mingguan umat Islam. Oleh sebab azan berkumandang, saya memilih untuk ke surau berdekatan menunaikan solat Zohor dahulu. Saya masih ingat kata-kata seseorang, jika kita utamakan hak Allah, nescaya kita akan lebih tenang.

Usai solat, saya menuju ke kedai buku. Dalam perjalanan, perasaan sedih mula membaluti jiwa. Kelihatan ramai sekali kaum muslimin  yang tidak solat Jumaat. Bukan sahaja golongan kanak-kanak, tetapi masyaAllah yang sudah berusia juga tak ketinggalan, berlegar di pasar raya bersama isteri dan anak. Lupakah mereka hari ini hari Jumaat? Sudah hilangkah sifat malu walau secalit di hati?. Paling tidak, malu pada diri sendiri. Malu melihat diri sendiri melakukan maksiat.

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah
(dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); 
yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui 
(hakikat yang sebenarnya), (Al-Jumu'ah 62:9)

Sudah lama tidak ke kedai buku. Hampir sebulan. Hati melonjak gembira melihat buku-buku tersusun kemas di rak kedai. Anak mata ligat meneliti tajuk tiap buku beratur =D. Tuan kedai sudah mengkategorikan buku-buku kepada 'best seller' ,'best buy' dan 'terkini 2011'. dan tak lupa juga ada jualan penghabisan stok!! Diskaun 25% dan 50%. (^_^).  Fitrah manusia, mahu yang murah. Saya berdiri lama di deretan buku jualan penghabisan stok. Satu persatu buku ditilik dan diselang seli dengan membaca sinopsis buku yang menjadi pilihan dihati. Niat terkubur begitu sahaja kerana tiada yang betul-betul menarik perhatian kali ini.

Seterusnya saya berlegar pula di rak biasa. Hati tertarik dengan satu buku. Terus tangan mencapai, dibelek dari depan ke belakang berulang kali. Membaca sepintas lalu isinya. Hati membulat ingin memiliki buku ini. Terdetik juga, lain betul tema buku yang dipilih kali ni. Belum pernah beli buku begini. Buku apa? Cerita lain kali lah ya. Saya mahu menghabiskan bacaannya terlebih dahulu sebelum membuat sedikit bedah buku di blog.
Saya ke kaunter pembayaran. Sementara menunggu giliran, ternampak iklan jawatan kosong yang disiarkan oleh kedai berkenaan. Ayatnya lebih kurang begini,

  • Wanita sahaja
  • Berakhlak mulia
  • Menutup aurat dengan sempurna
Subhanallah!!!! jarang-jarang pekerjaan yang meletakkan syarat-syarat begini. Menghitung diri sepanjang umur yang ada, sepanjang memohon pekerjaan, tidak pernah terdapat syarat begini. Kan bagus kalau ada syarat ini terutama kalau nak jadi cikgu. Sebab murid akan mencontohi kita. apa yang kita pakai, apa yang kita buat, itulah yang disimpan dalam memori. Yang bakal mereka terjemahkan kepada perbuatan suatu hari nanti. Bukan cikgu sahaja, semua pekerjaan juga. Yang menyelidik di makmal, yang memandu teksi, yang merawat pesakit, yang berniaga dan semua jenis pekerjaan halal yang ada.

Teringat satu peristiwa semasa awal-awal keberadaan di sebuah institut di Sabah. Sampai waktu Pendidikan Jasmani. Saya telah disalahkan kerana tidak memasukkan tudung ke dalam baju dan tight in t-shirt yang dipakai. Guru telah berkata kepada saya, "Kalau kamu tak nak ikut peraturan, kemas beg dan balik kampung. Ramai lagi yang nak masuk. Berpuluh ribu yang nak masuk tapi tak lepas". Saya ditertawakan rakan sekelas yang tidak faham agama. Tidak faham hak Allah. Pedih hati menahan sabar dan amarah. Marah kerana agama saya ditertawa dan dipersenda. Berhadapan dengan yang mungkin belum tahu. Cikgu, saya tak pernah berdendam dengan cikgu. Saya doakan cikgu dan rakan-rakan mendapat hidayah Allah suatu hari nanti.

Indahnya bila Islam dipraktikkan, bila umat Islam menguasai ekonomi, bila umat Islam membuka peluang pekerjaan. Umat Islam yang bagaimana? Yang mengutamakan hak-hak Allah.

I've learned two things today. Good and bad. Satu dijadikan teladan dan satu lagi dijadikan sempadan. Supaya dapat disampaikan kepada sesiapa di sekeliling dan generasi akan datang.


The Real Muslim Practices the Real Islam!

















6 comments:

NadiaH NaDya said...

mmg penat bila kna ikut peraturan org yang x faham agama.....kna paksa join macam2....huh

~An-Nur~ said...

tu lah perkara yg paling tak rela dilakukan...

Hilmiah said...

sabar ye bakal cikgu n cikgu..perjuangan kalian bnyk hikmahnya...

~An-Nur~ said...

ye cik amy....anda juga turut sama berjuang..turut sama turun padang..method berbeza tp tujuannya sama....=p

Anonymous said...

macam tu ka, hmmm, memanglah, saya sendiri kawan-kawan pesan nak pergi interview pakai tudung biasa, hmmm

Tapi, Milah, sekolah tempat saya mengajar tahun lepas mewajibkan tenaga menutup aurat, ada majikan yang menitikberatkan soal ni, sekolah swasta lah, kalau sek tuttttt memang susah ckit la, na masuk kerja dengan tuttttt memang tak wajibkan bab agama, hehe/......

~An-Nur~ said...

tu lah baiknya bila umat islam yang pegang ekonomi n buka peluang pekerjaan..tp mesti yg amalkan islam..bukan yg hanya nama islam mcm tuttttt..huhu