Pages

Jan 31, 2011

Adakah Kau Lupa???

Assalamualaikum wbt.



Artist: Alarm Me
Song Category: Nasyid 
 
Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah


Peganglah erat tangan sahabat anda...hayati lagu ini...
Air mata akan mengalir deras tanpa dapat ditahan.

Adakah Kau Lupa?

Jan 29, 2011

'Anak Angkat'

Assalamualaikum wbt.

Setiap hari persekolahan, perjalanan ke sekolah mengambil masa lebih kurang 45 minit bergantung kepada cuaca. Jika hujan ia menjadi hampir1 jam.

Terasa juga seperti jauh untuk berulang setiap hari ke sekolah tetapi kini hampir sebulan, rasa itu hilang sama sekali. Alhamdulillah.

"Mila, 'anak angkat' ok ke?  Bising tak hari ni?". Tanya rakan-rakan sekerja yang baik-baik belaka.

"Ok je", itulah jawapan 'standard' saya.

 'Anak angkat' ialah gelaran kepada murid kelas yang saya pegang. Semuanya seramai 22 orang.

Dikelilingi murid 'orang asli', saya mula mengenali cara kehidupan mereka, cuba memahami kehendak mereka,cuba berdakwah sekadar kemampuan, meneroka cara pemikiran mereka.

Terdapat 3 orang sahaja dalam kelas saya yang beragama Islam. Saya sedar tugas untuk memantapkan akidah mereka bukan hanya terletak pada bahu ustaz di sekolah itu. Oleh sebab itu,saya cuba memberi yang terbaik mengenalkan mereka kepada Pencipta.

Mulakan dengan perkara kecil seperti melatih mereka memberi salam, memimpin mereka membaca doa setiap kali sebelum saya mulakan pengajaran, mengucap dua kalimah syahadah serta ingatkan mereka untuk solat. Tidak kiralah kita mengajar subjek apa sekalipun ia tetap ilmu milik Allah.

Kadang kita merasa perkara itu remeh dan bukan tanggungjawab kita.
"Ah, aku bukan ustaz pun..."
Tetapi, jika bukan kita sebagai orang Islam, siapa lagi yang akan menyampaikan Islam kepada mereka?.

Wajah 'anak angkat' :-)

Tulis apa tu? 


Datang sekolah selalu ye!


Remmy, kenapa kamu berjalan kat tempat Nabila dan Syikin?


macam-macam ragam dari belakang ke depan....



Narrated 'Abdullah bin 'Amr:
A person asked Allah's Apostle . "What (sort of) deeds in or (what qualities of) Islam are good?" He replied, "To feed (the poor) and greet those whom you know and those whom you don't know."



Cikgu Sayang kamu semua!

Jan 26, 2011

Khas buatmu

Assalamualaikum wbt.

Ting tong!
Selamat Hari Lahir ke 24 buat sahabat

Cik Amy
Moga dirahmati Allah sentiasa.
.....
.....
..........
 Ada apa dalam kotak ni???


Cik Amy dan Cik Jiha

p/s : sahabat, apa target umur 24? hehe

~Dirimu begitu berharga~

Jan 25, 2011

Honestly...

Assalamualaikum wbt.


Honestly...
Tidak selesa dengan kelakuan anda
Tidak selesa dengan gurauan anda
Tidak selesa dengan pandangan anda

Honestly...
Aku takutkan Allah 
Aku berlindung dengan Allah
Aku mohon keampunan daripada Allah


'Ya Allah aku berlindung padamu daripada syaitan yang terkutuk'

Jan 21, 2011

Berkenal-kenalan

Assalamualaikum wbt.

Pertama kali menjejakkan kaki di sana, perasaan bercampur baur, tetapi seingat saya rasa berdebar yang paling merajai hati tika itu. Sejak orientasi lagi, mula mengenali teman sebilik seramai 5 orang. Tiga orang dari Semenanjung dan dua lagi dari Sabah dan Sarawak.

Syukur, semuanya ramah-ramah. Orientasi yang tidak sampai seminggu digunakan sebaik mungkin untuk mula berkenal-kenalan. Ye lah, masing-masing tengah terkejut. Ada yang sudah pernah bekerja tetapi tiba-tiba kene orientasi (abes la saya).

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).(Al-Hujurat 49:13)




Selepas orientasi, kami tinggal menyewa di Beverly Hills dan ditambah seorang lagi ahli rumah menjadi enam orang iaitu Pamela a.k.a Pam (sebenarnya Pam yang ajak kami masuk rumah tu). Rumah yang serba lengkap. Tinggal masuk bawak baju sahaja. Memang sangat berpuas hati.

Bermulalah episod kehidupan bersama kami. Di IPG, kawan-kawan ada gelaran khas pada kami serumah. They called us 'Geng Bas Sekolah' instead of our name. Mungkin sebab masa semester satu kami naik bas sekolah tiap hari. Rindu dengan nama tu.

Sepanjang hampir setahun macam-macam episod suka-duka yang dilalui bersama.

Tidur paling tak teratur semasa praktikum. Asam garam praktikum lebih-lebih lagi malam sebelum kene 'observe'. Tidur di celah-celah 'teaching aid'. Dari hujung sini sampai la hujung sana penuh dengan 'teaching aid' masing-masing. Ada yang bangun terus menulis (mengigau).

Kenangan berpuasa bersama. Pam turut join kami berbuka. Agama bukan penghalang kerana kita sendiri sebagai orang Islam dituntut berbuat baik kepada sesiapa selagi perkara itu tidak bertentangan dengan Islam. Kita dituntut memperkenalkan Islam kepada non-muslim.

Program masak-masak bersama walaupun saya bukan la chef di dalam rumah tu. Kalau sedap sama-sama makan, kalu tak sedap pun sama-sama habiskan...huhu.

************************************

Kini setelah berjauhan, air mata bisa mengalir tika dapat berbual dengan bekas teman serumah.
 Antara ayat-ayat wajib yang keluar :-
-nak balik Beverly!
-rindu nak turun dari rumah sama-sama, nak kalut sama-sama!
-nak rebut cermin pagi-pagi..hurmm..(ada seorang daripada kami yang pantang ada jerawat walaupun 1, mulalah satu rumah jadi risau sama sekali !)


Subhanallah! ukhwah ialah sesuatu yang indah. Tersenyum sendirian bila mengenangkan. Terasa manisnya.

US

Pantai Teluk Likas Mac 2010

p/s : Tiada dalam gambar - Pamela.

Bertemu dan berpisah kerana Allah!


Jan 19, 2011

Fitrah

Assalamualaikum wbt.

Semalam saya masuk ke kelas seperti biasa. Sebelum memulakan kelas, saya akan memimpin murid-murid yang beragama Islam untuk membaca doa. Buat pertama kali saya masuk ke satu kelas ini. Apabila saya bertanya siapa yang beragama Islam, ada 2 orang murid yang mengangkat tangan.

Saya hanya tersenyum memandang mereka dan mula memimpin mereka membaca doa sebelum belajar. Murid yang lain hanya mendengar dan diam. Selepas itu, bermulalah kelas menjadi bising dek kerana kawan-kawan ada yang berkata dia bukan Islam. Sekali lagi saya bertanya kepada salah seorang daripada mereka berdua.

Saya : "Betul kamu Islam?"

Murid A : " Betul cikgu "

Saya : "Ayah dengan mak kamu Islam?"

Murid A : " Islam cikgu ".

Kemudian saya menyambung pengajaran seperti  biasa. Sedang asyik berkomunikasi dengan semua ahli kelas, tiba-tiba murid A mengangkat tangan dan berkata, "Cikgu, kalau nak makan baca doa macam mana?"
Saya pun memberhentikan kelas sebentar dan memimpinnya membaca doa makan beserta maksud. Dia dapat mengikut bacaan saya dengan baik.

****************************************

Entah mengapa kegusaran saya tentang agama sebenar murid tersebut sejak semalam mendorong saya untuk mendapatkan pengesahan daripada ustaz di sekolah. Ternyata murid A bukan Islam tetapi free thinker. Saya terdiam seketika dan air mata mula bergenang tapi ditahan. Hingga saat ini saya masih memikirkannya.

Ustaz menjelaskan kepada saya, semasa tahun 1 (tahun lepas), murid A berkawan baik dengan anak makcik kantin yang beragama Islam dan ternyata perlakuannya banyak dipengaruhi oleh kawannya itu. Anak makcik kantin sudah berpindah sekolah pada tahun ini.

Sepanjang perjalanan pulang tadi saya melayan perasaan mengenang wajahnya yang ceria dan bersemangat. Kanak-kanak itu suci daripada dosa dan dahagakan tunjuk ajar kita sebagai orang Islam.

Otak mula berfikir apakah yang sepatutnya dilakukan?

Begitulah yang dikatakan FITRAH. Fitrah manusia sentiasa inginkan kepada kebaikan dan naluri itu sudah diberi oleh Allah secara percuma tanpa apa-apa bayaran. Kewajipan kita menjadi hamba yang bersyukur.

Fitrah untuk mempergantungkan segala harapan hanya kepada Allah.

Hati juga mula merasakan tugas dakwah akan lebih mencabar. Dakwah kepada diri sendiri dan orang lain sekadar termampu. Mengenangkan kerja 'full time' muslim dan cikgu hanya 'part time'. Saya mula mencongak diri yang masih bertatih memperdalam agama.


Kembalilah kepada FITRAH !

Jan 17, 2011

Tahniah

Assalamualaikum wbt.


Gembira tidak terkata. Ucapan syukur hanya kepada Allah Ar-Razzaq. Ucapan tahniah untuk Cik Nadiah.

Kamu sentiasa ada tika saya memerlukan.
Peneman tika saya mahu mengadu sesuatu.
Selalu saya 'ganggu' tika masalah melanda dan i can't manage it wisely.

Nikmat yang datang adalah salah satu rahmat Allah kepadamu.
Allah sentiasa melihat kebaikanmu.

Daku sentiasa mendoakanmu.

p/s  : daku sedia 'diganggu' selama setahun anda di sana!..hehe

'Ya Allah, kuatkanlah ikatan ukhwah antara kami'

Jan 16, 2011

Sedekah

Assalamualaikum wbt.

Setiap kali keluar bersamanya, dia sentiasa mencari-cari peminta sedekah. Keinginan untuk MEMBERI sentiasa menebal dalam dirinya. Dia bukanlah seorang yang kaya-raya. Ketulusan hatinya menenangkan sesiapa sahaja yang mendampinginya. Jika ada 10 orang, dihulurkan kepada semua. Apabila ternampak peminta sedekah dari jauh mula dia menyeluk beg mencari dompetnya. Air matanya sangat mudah mengalir apabila melihat orang susah.

Mula berasa kagum melihatnya. Apabila masalah melanda dia mula menyatakan mungkin sudah lama tidak berSEDEKAH. Daku tersenyum mendengar kata-katanya.



Sedekah tidak semestinya banyak dan tidak pula semesti semasa senang. Sebaliknya sedekah ketika kesusahan adalah lebih bermakna.


Ada pula yang mencela apabila melihat hanya sedikit pemberian seseorang kepada peminta sedekah.

"Alahai, seringgit je dia bagi".

"Sikitnye dia hulur, nampak macam kaya"

Janganlah kita menjadi salah satu ciri munafik.

Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk  disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, - Allah akan membalas ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (At-Taubah 9:79)

Pernah ternampak seseorang yang melencong melalui jalan lain semata-mata ingin mengelakkan daripada bertemu dengan peminta sedekah. Itulah salah satu daripada kezaliman yang tidak disedari.

Jika peminta sedekah itu memeluk Islam kerana pemberian kita, tertarik dengan sikap kita (kata-kata Ustazah semasa kelas di Sabah) , itu adalah lebih baik.

Sebenarnya, banyak sangat bentuk sedekah yang boleh diberi. Senyum juga salah satu daripada sedekah  yang tidak memerlukan modal. Mengalihkan dahan kayu yang menghalang jalan juga sedekah.

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang BERSEDEKAH dan orang-orang perempuan yang BERSEDEKAH , serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. (Al- Hadiid 57:18)

Mulalah bersedekah sekadar yang termampu.

Sudahkah anda bersedekah hari ini ?

Jan 13, 2011

Lorong

Assalamualaikum wbt.

 Beverly Hills Kota Kinabalu


Lorong ini....
Dilalui hampir setiap hari sepanjang di Kota Kinabalu
Menggamit seribu kenangan
Mencatat suka duka ahli-ahli 'geng bas sekolah'
Menyaksikan insan-insan keluar berjalan kaki demi ke tempat dakwah
Mendengar kata hati 'mereka' ketika kesulitan melanda
Melihat senyum lebar ahlinya tika nikmat kesenangan dikecapi
Membisikkan supaya pejuang itu membetulkan niat menuntut ilmu kerana Allah
Memanggil 'hati-hati' mereka untuk terus kembali kepada fitrah

Lorong ini....
Hanyalah satu lorong dari 'lorong-lorong kehidupan'
Pilihlah lorong yang terbaik
Supaya tidak sesat di sepanjang perjalanan
Supaya selamat sampai ke destinasi terakhir



Lorong yang kaya dengan ketenangan hakiki itu yang terbaik !

Jan 10, 2011

Doaku

Assalamualaikum wbt.

Di luar hujan lebat. Cikgu ternampak kamu pulang berkaki ayam dek kerana menjaga kasutmu daripada basah dan kotor. Hati cikgu terusik. Kamu pulang tanpa dijemput ibu bapa dan tanpa berpayung. Sungguh kamu mempunyai hati yang kental. Moga kamu dapat hadir selalu ke sekolah.

Pulang dengan wajah yang amat ceria. Kamu sungguh tabah. Cikgu doakan kamu berjaya suatu hari nanti dan mendapat hidayah untuk kita menjadi saudara seIslam.

'Ya Allah kurniakanlah hidayah kepada hambaMu yang masih belum menerima hidayah daripada Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Pengampun'

Jan 6, 2011

Kau hadir

Assalamualaikum wbt.

Khas untuk semua kawan-kawan.

Anda semua tiada nilai yang boleh dibandingkan..(tetibe skema..huhu)



Narrated Ibn 'Umar:
The Prophet decreed that one should not eat two dates together at a time unless he gets the permission from his companions (sharing the meal with him). 
(Translation of Sahih Bukhari, Book 44, Number 669)

Jan 5, 2011

"Saya islam" atau "Saya Islam"

Assalamualaikum wbt.

Saban kali kita mendengar, "Ada apa dengan nama?" ia tidak menggambarkan sesuatu secara keseluruhannya.
Saya belajar sesuatu yang menarik perhatian saya pada suatu hari sewaktu majlis ilmu.

"Saya lari"         "Saya Lari"

Usai menulis perkataan ini pada papan putih, penyampai a.k.a sahabat saya, beliau bertanya kepada kami apakah perbezaan tentang dua pernyataan tersebut. Pelbagai jawapan diberikan. Tiba-tiba saya ditanya. Sungguh waktu itu saya hanya terfikirkan huruf l pada perkataan Lari itu dan begitu juga jawapan yang saya berikan.Ternyata sahabat saya ini penuh dengan ilmu Pedagogi walaupun beliau bukanlah seorang guru. AHSANTI!!. Dengan tenang beliau menyambung kata-katanya, "Jika 'saya Lari', saya akan tetap Lari walaupun saya duduk. Semua ahli majlis tersenyum tanda faham sambil menganggukkan kepala. Tetapi jika 'saya lari', saya akan dikatakan duduk jika saya duduk. Itulah yang dikatakan kata kerja atau kata nama. Niat saya bukanlah untuk mengajar tatabahasa kepada anda.

Hakikatnya,

Bagaimana pula yang di bawah ini?, Beliau menyambung lagi.


"Saya islam"         "Saya Islam"

Adakah 'saya Islam' terbukti dengan nama sahaja tanpa disertai dengan amal soleh yang menggambarkan nama tersebut?.Tentunya tidak. Seseorang yang mengaku Islam mestilah membuktikan dengan PERBUATAN DAN DISERTAI DENGAN IKHLAS KERANA ALLAH(ingatan buat diri sendiri sebenarnya).

Oleh kerana itu, pilihlah untuk menjadi 'saya islam'. Bukan hanya pada nama tapi disertai dengan perbuatan. Pastinya Allah akan meredhai keislaman kita. InsyaALLAH!

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.(Al-Baqarah 2:208)

 'Pegang Islam sungguh-sungguh dalam segenap perbuatan'

 Mulalah berkata pada diri "Saya islam"







 

 
 

Jan 4, 2011

Nikmat

Assalamualaikum wbt.

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. (At-Taubah 9:38)

Alhamdulillah...
Hari ini saya mendaftarkan diri di salah sebuah sekolah dalam daerah Pekan. Bermulalah kehidupan sebenar sebagai guru.

Bermonolog sendirian sambil menterjemah ke dalam tulisan. Teringatkan kata-kata seorang sahabat yang hanya sempat saya kenali secara dekat selama beberapa minggu terakhir semasa di Sabah.
"Hidup penuh dengan ujian dari Allah sama ada susah atau senang".
Kata-kata itu sungguh berkesan di hati sehingga kini. Sejauh mana saya melihat setiap ujian itu mempunyai hikmah di sebaliknya dan itu yang terbaik disediakan Allah. Itulah pentingya melihat sesuatu dengan mata hati.

Saya sedar, sejauh mana pun saya melangkah di bumi Allah ini semuanya mempunyai hikmah tersendiri supaya tertegaknya kalimah Allah. Perjalanan masih jauh dan tanggungjawab semakin bertambah dengan bertambahnya usia dan pastinya penuh dengan onak dan duri di sepanjang perjalanan itu.

Rabbi Yassir wa la tu'assir Ya kareem







Jan 2, 2011

Lafaz Mulia

Assalamualaikum wbt.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim saya mulakan coretan di sini.
Moga medan ini bermanfaat untuk kini dan masa akan datang.
Amin Ya Rabb!