Suatu hari.....
"Celakalah bagi mereka yang mengubah ayat-ayat Allah dengan tangan-tangan mereka," kata Brother Kamaruddin Abdullah dalam nada sebak. Suasana di dalam dewan muzakarah sunyi sepi. Masing-masing mendengar dengan kusyuk.
Sebenarnya,
Apakah tujuan kita mempelajari ilmu perbandingan agama?
Bukanlah kita menuntut ilmu perbandingan agama untuk melemahkan pegangan agama Islam tetapi supaya kita dapat melihat dengan lebih jelas betapa benarnya ajaran agama Islam dan betapa banyaknya pula percanggahan dalam agama-agama lain.
Seterusnya kita akan mengesakan Allah yang hanya Dia tuhan yang layak disembah.
Bagaimana pula kita dapat mempraktikkannya?
Melalui pelbagai jalan yang amat luas.
Salah satunya ilmu ini dapat membantu kita menangkis serangan pemikiran daripada kalangan non-muslim dan membantu mereka untuk melihat kebenaran yang nyata dalam agama Islam.
Ilmu ini juga dapat memantapkan akidah kita sebagai seorang yang membawa title Islam. Walau kita dicampakkan ke mana sekalipun, tidak goyah keyakinan kita terhadap Islam malah dapat pula berdakwah kepada rakan-rakan yang masih tercari-cari kebenaran dalam hidup mereka.
Kasihanilah mereka!!!. Kadangkala mereka teman sekuliah, teman di tempat kerja atau jiran tetangga.
Ayuh kita selamatkan rakan-rakan kita namun tugas kita hanyalah menyampaikan dan Allah jualah yang Berkuasa memberi hidayah kepada mereka.
Jika kita tidak menjalankan tanggungjawab sekarang, di akhirat kelak mereka akan mempersoalkan mengapa kita dahulu di dunia tidak menyampaikan kebenaran Islam kepada mereka.
Sanggupkah kita melihat mereka tinggal dalam api yang bernyala-nyala dan makan dari buah yang berduri?
Renung-renungkan....
2 comments:
saya pernah diberi artikel new testament dalam bahasa inggeris, naik bas dari bentong nak ke kl, mujur ada bawa buku pasal islam dalam bahasa inggeris, saya bagi kat nenek tu, huhu~dia simpan dalam beg, sampai kat kl, dah x jumpa dia pergi mana
owh ye ke?
camna la perasaan waktu tu?
buku pasal islam ni penting gak kita bawak ke mana-mana....
saya setakat ni x pernah lg jumpa situasi camtu..
hopefully dapat bertindak bijak kalau mengalamai 1 hari nanti..i.Allah.
Post a Comment