Akhir-akhir ini, terasa seperti masa terlalu singkat, kerja bertambah dari hari ke hari. Dulu semasa belajar, dengar orang cakap, "bila dah keje, rileks la sikit".....
But now,
Perasaan seperti itu hanyalah tanggapan individu namun yang lebih penting ialah niat dan daya usaha kita untuk bergerak maju ke hadapan. Apabila umur semakin meningkat, fikiran semakin matang, pengalaman bertambah dan itulah menjadi kekuatan untuk mempelajari pelbagai pengetahuan baru.
Setiap hari fikiran ligat merancang apa yang hendak dilakukan, ingin menambah ilmu dalam diri dan juga menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Saya berasa amat dahagakan ilmu. Saya mesti berusaha berlipat kali ganda. Ilmu sangat luas. Semuanya saya pinjam daripada Allah untuk bekalan hidup yang sementara di dunia ini.
Menuntut ilmu tiada batasan umur, bukan sahaja pelajar yang layak menuntut ilmu daripada gurunya, sesiapa sahaja yag berusaha pasti akan mendapat hasilnya dengan izin Allah.
Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab yang berbeza-beza dan terpulang kepada diri masing-masing untuk mengatur kehidupan sebaiknya. Biarlah ada masa bekerja, menuntut ilmu dan bermasyarakat.
Sesudah seharian bekerja, ringankanlah kaki menuju ke rumah-rumah Allah untuk menghadiri majlis-majlis ilmu, hanya memasang telinga, dan tidak diminta bayaran. Itulah gunanya nikmat sihat dan masa lapang yang selalu dilupakan. Bila datang waktu sakit dan sibuk, barulah berasa rugi tak ke masjid, rugi tak membaca dan sebagainya. Semuanya bermain di minda.
Saya berdoa agar sentiasa diberi kekuatan untuk mencintai ilmu dan 'menampal' kekurangan yang ada, semuanya diniatkan semata-mata kerana Allah...amin ya Rabb.
2 comments:
tu kertas soalan kimia ke? huhu
huhu..
masa tu tgh pulon xm kpli...
soklan kimia???
erm syida...byak dah lupa KIMIA....teruknye! :-(
Post a Comment