Hampir seminggu tak menjenguk blog sendiri. Pelbagai urusan yang lebih penting perlu diutamakan.
Dan akhirnya tiada kudrat lagi untuk menghadap laptop. Mari kita cas semula bateri !
Saya ingin kongsikan satu hadith yang mengusik jiwa saya semasa mengikuti satu majlis ilmu pada hujung minggu yang lalu.
Satu kisah yang diceritakan oleh Abu Dzar r.a dalam Kitab Al Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub, suatu hari beliau duduk di sisi Rasulullah saw. Tiba -tiba cucu baginda saw Hasan dan Husin datang dan memanjat di atas belakang Nabi saw dan bermain-main akan keduanya.
Setelah selesai pengajaran nabi, Saidina Ali karamallahu Wajhah pun berkata,"Turunlah kamu wahai anakku". Setelah itu Hasan dan Husin takut kepada ayahnya lalu mereka turun daripada belakang datuk mereka. Setelah itu Saidina Ali memukul mereka di hadapan Nabi saw sebagai memberi pengajaran supaya beradab.
Lalu, Nabi saw bersabda, "Hai Ali, janganlah kamu jerkah Hasan dan Husin kerana bahawasanya mereka itu harumanku dan kesenangan hatiku".
Kata Saidina Ali kwjh, sami'na wa ato'na .
Maka, turunlah Jibril a.s dan berkata ia, "Ya Muhammad, Allah berfirman Tinggalllah olehmu akan Ali supaya ia mengadabkan akan keduanya akan kebaikan"
Sesungguhnya seseorang yang meniggalkan anak yang soleh di dunia, di akhirat nanti anak mereka akan memberi syafaat kepada kedua orang tuanya.
Begitu juga sebaliknya. Jika kita meninggalkan anak yang jahil, melakukan maksiat, maka setiap dosa yang dilakukan oleh anaknya akan juga ditanggung sama banyak oleh ibu bapanya.
Jadi pilihlah untuk meniggalkan anak yang soleh, bukan yang tolih.
CARANYA?
Tiada jalan lain kecuali kita mengadabkan anak-anak dengan ilmu agama dan meninggalkan mereka dalam keadaan bertaqwa kepada Allah.
SEDAR TAK?
Kita selalu memikirkan, kalau kita meninggal, apa harta yang nak diwarisi kepada anak.
Bimbang kita memikirkannnya.
Namun,
Kita tak fikir, bagaimana kita nak tinggalkan anak dalam keadaan mereka TIDAK MENYEKUTUKAN ALLAH SELAMA-LAMANYA.
2 comments:
"anak soleh sebagai harta..."
Comel baby dlm gambar tu...:)
anak soleh penyejuk mata hati..
Owh..baby ni adeeb faheem..adik kpd ammar..hehe
Post a Comment