Pages

Jun 1, 2012

Tak Da Brek Ke?

Assalamualaikum wbt.


Google Image


Seingat saya, mula belajar jalan laju ni masa masuk form 4. Lepas PMR, pindah ke satu sekolah ni.

Sorang cikgu selalu pesan pada kami semua, "Pelajar cemerlang mesti ada gaya, jalan mesti laju, tak buang masa." (Nota : saya tak lah cemerlang)

Kiranya nasihat ni memang diulang-ulang tiap kali cikgu ni berucap.

Entah kenapa lekat betul dalam kepala ni.(^___^)

Mungkin dah terbiasa jalan laju ni, hatta bila dah habis sekolah, event keluar dengan kakak, selalu kene complaint jalan laju. Kekadang kene tarik tangan, disuruh jalan slow sikit.

Aduh, dah tak biasa rasanya jalan slow2 ni...tak tersedar pun jalan laju.

Nak dijadikan cerita, satu hari masa di u, jalan sorang2, masa tu hampir nak masuk Maghrib. Saya dalam keadaan bergegas menuju masjid. Jalan pun tak fikir panjang.

Saya melintas atas laluan jemaah laki yang nak ke tempat wudhuk..lintasan batu merah..

Tiba-tiba ada suara menyapa, "Tak da brek ke?".

Terkejut saya.

Sorang pakcik yang tengah lalu atas laluan tu menegur. Mungkin sebab saya seperti memotong laluan dia.

Alahai pakcik..

Dalam keadaan terkejut saya tersenyum. Dalam hati ada juga menyesal sebab jalan laju tak pandang kiri kanan.

Mulalah gelabah waktu tu.

******************************************************************

Jalan laju ni kalau sorang2 bagus juga nak jimat masa. Tapi kalau ramai-ramai, kita kene fikir maslahat orang lain. Kalau jalan dengan kanak-kanak, orang tua macam mana?

Dalam hidup ni, kita tak boleh hidup sorang2, ikut kepentingan diri sendiri. Kita mesti fikirkan orang sekeliling dan lebih baik jika melebihi kepentingan diri kita. Ni dah tersangat bagus dan cantek....

1 Jun bakal tamat..selamat malam.



3 comments:

NoorVictory said...

Heee~ sy klo jalan sorang2 laju je menonong ke depan. Klo dengan kawan2 salu sy la yg paling lambat.

Anyway, cikgu kt skola sy pun ada ckp macam tuh pasal gaya jalan! ;)

NadiaH NaDya said...

tringat nasihat dari ust shakib msa skolah dulu...ust kata Nabi jalan laju...mungkin jgak tujuan ust nk tegur kami yg selalu jalan macam itik pulang ptg bila nk pergi perhimpunan..hehe

~kamilah~ said...

NoorVictory: slalu juga jalan menonong sorg2...hehe..

Nadiah Nadya : huhu..sbb perhmpunan plg malas nak p...rinduuu entry terbaru drp Cik Nadiah kita.=p