Setiap kali keluar bersamanya, dia sentiasa mencari-cari peminta sedekah. Keinginan untuk MEMBERI sentiasa menebal dalam dirinya. Dia bukanlah seorang yang kaya-raya. Ketulusan hatinya menenangkan sesiapa sahaja yang mendampinginya. Jika ada 10 orang, dihulurkan kepada semua. Apabila ternampak peminta sedekah dari jauh mula dia menyeluk beg mencari dompetnya. Air matanya sangat mudah mengalir apabila melihat orang susah.
Mula berasa kagum melihatnya. Apabila masalah melanda dia mula menyatakan mungkin sudah lama tidak berSEDEKAH. Daku tersenyum mendengar kata-katanya.
Sedekah tidak semestinya banyak dan tidak pula semesti semasa senang. Sebaliknya sedekah ketika kesusahan adalah lebih bermakna.
Ada pula yang mencela apabila melihat hanya sedikit pemberian seseorang kepada peminta sedekah.
"Alahai, seringgit je dia bagi".
"Sikitnye dia hulur, nampak macam kaya"
Janganlah kita menjadi salah satu ciri munafik.
Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, - Allah akan membalas ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (At-Taubah 9:79)
Pernah ternampak seseorang yang melencong melalui jalan lain semata-mata ingin mengelakkan daripada bertemu dengan peminta sedekah. Itulah salah satu daripada kezaliman yang tidak disedari.
Jika peminta sedekah itu memeluk Islam kerana pemberian kita, tertarik dengan sikap kita (kata-kata Ustazah semasa kelas di Sabah) , itu adalah lebih baik.
Sebenarnya, banyak sangat bentuk sedekah yang boleh diberi. Senyum juga salah satu daripada sedekah yang tidak memerlukan modal. Mengalihkan dahan kayu yang menghalang jalan juga sedekah.
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang BERSEDEKAH dan orang-orang perempuan yang BERSEDEKAH , serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. (Al- Hadiid 57:18)
Mulalah bersedekah sekadar yang termampu.
2 comments:
bce entry ni..tb2 trkenangkan diri sndiri..
yg kurang bersedekah..
:(
sama la kita....kurang sangat bersedekah..
senyum pun kurang..hehehe
Post a Comment