Pages

Jun 4, 2012

Apa Erti Cinta

Assalamualaikum wbt.

Masih ingat janji saya pada entry Minggu Lepas, Semalam & Buku ? Inilah sebenarmya buku yang ustazah hadiahkan pada saya.

Hajatnya, saya bajet 3 hari untuk habiskan buku yang setebal 218 muka surat ni. Tapi disebabkan buku ini best dan tulisan di setiap muka surat tidak begitu pack, jadi saya habiskan baca hanya bermula suatu petang hingga ke sebelum tidur pada malam tersebut. Syok baca, bila tengok2 sekejap ja dah sampai ke muka surat terakhir.:-)

Insya Allah, ini bukan semata-mata pembacaan..

Sebab hadirnya cinta Allah SWT menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah :

  1. Membaca al-Quran dengan mendalami maknanya seperti yang dikehendaki.
  2. Mendekatkan diri dengan Allah SWT dengan amalan-amalan sunat selepas menyempurnakan amalan-amalan fardhu.
  3. Sentiasa berzikir dalam apa jua keadaan.
  4. Lebih mementingkan cinta kepada Nya daripada cinta anda ketika dikalahkan oleh hawa nafsu.
  5. Mengarahkan sepenuh perhatian hati kepada nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT, mengakui dan mengetahuinya.
  6. Melihat kebaikan, ihsan dan kurniaanNya.
  7. Pasrah secara keseluruhan kepada Allah.
  8. BersamaNya ketika Allah turun ke langit dunia.
  9. Berkumpul dengan orang juga mencintai-Nya secara tulus.
  10. Menyingkirkan sebab yang dapat membuka jarak antara hati dan Allah SWT.

Penghalang Cita Allah SWT pula antaranya ialah :

  1. Sikap zalim dan menindas. (walaupun mempunyai kuasa)
  2. Sombong kepada diri dan orang lain.
  3. Khianat.
  4. Kufur dengan nikmat.
  5. Membuat kerosakan di muka bumi.

Buku : Apa Erti Cinta
Penulis : Syihabudin Ahmad

Miliki buku ini sebagai salah satu koleksi buku anda....


"Cinta adalah perasaan jiwa, sentuhan hati dan pancaran emosi."
~Abdullah Nasih Ulwan~



Mahukah kita menggapai Cinta Allah ?


FN : Dengar kat radio IKIM, kita kene hormati buku/ kitab dengan tak melipat muka surat buku untuk tanda tempat kita baca..ni lah gunanya penanda buku. Budaya mengheret/ menarik beg ke sekolah juga tidak bagus sebab buku duduk separas kaki saja....fikir-fikirkan..



3 comments:

NoorVictory said...

Beznya! Huhuhu~ tapi hujung2 sem duit salu xcukup. Nanti xcari la buku nih. Heee

Sy setuju. Sy xsuka lipat2 buku. Salu kwn ckp klo buku masih nmpk baru macam xpenah kena baca. Tapi saya lg suka klo buku sy nmpk baru sntiasa wlupun dah baca ulang2 kali! ;)

NoorVictory said...

Heee~ nti awak buang la word verification kt comment box nih. Sbb tadi sy tersalah taip huruf..;P heee

Klo awak da buang senang sy nk komen..;)

~An-Nur~ said...

tak pa, bole juga pinjam dr kawan2, dulu ms sy belajar pun, lbh bnyk pinjam drp beli..

Ok..i.allah sy buang w.vrfction tu..
tak perasan pulak ada..* boleh tak..hehe