Pages

Dec 27, 2011

'Skema' Yang Tak Disengajakan

Assalamualaikum wbt.




Dapur 1

Sedang buat kek buah dengan Ummi.

Mula-mula guna 1 periuk masak buah campur dan beberapa bahan lain. Lepas tu, nak pukul telur.

Ummi : Guna periuk yang buah ni ja. Tuang dulu dalam bekas lain. (sambil tuang buah campur tu  dan beri periuk pasa saya).

Me : Umi, ada lagi tu kismis tertinggal dalam periuk ni...

Ummi : Kimia sungguh! tengok ni ada dua ulas ja pun.. kak chik2....

Me : hehehe (ketawa). Biasa dah kat makmal, tak bole campur2, nanti jadi sebatian lain....(ayat cover)

Ummi : Fikir luas sikit kakchik...

:::dalam hati : skemanya daku ::::::

Dapur 2

Masa tu buat kek biasa. Mulanya buat sendiri dan ummi pesan suruh tolong gunting sekali kertas minyak pengalas untuk kek. Masa tengah bakar baru ummi tanya.

Ummi : Awak potong macam mana kertas lapik kat bekas loyang ni?

Me : Buat bentuk bulat sama dengan bentuk loyang ni.

Ummi : Pastu untuk tepi keliling awak tak gunting kertas tu?

Me  : Tak terfikir pulak.

Ummi : Kakchik2, blaja Kimia tak teringat nak buat untuk tepi ni. Benda senang. (Ummi ketawa)

Me : hehehe(ketawa).

:::dalam hati : skemanya daku, ummi suruh buat alas, memang buat alas bawah ja, tak fikir langsung dah yang lain... ::::::

 Dapur 3

Masa tu tengah bancuh adunan nak buat kuih pau. Air perlu disukat 250 ml. Saya letak bekas untuk  atas kabinet dapur, untuk lihat aras air yang tepat.

Ummi : Amboi kakchik, sampai tertunduk-tunduk nak tengok aras air. Agak-agak ja...

Me : hehe.. dah terbiasa tengok ikut meniskus dalam makmal. Nanti kalu terlebih kang lembik pulak...(Cover lagi)....

:::dalam hati : skemanya daku, terbawak-bawak cara dalam makmal sampai ke rumah.... ::::::

Kereta :

Jalan-jalan dengan kakak. Nak cari parking. Ada tanda no entry. Tapi tu yang dekat dan tak da orang pun.
Tempat pun bukan bandar besar. Pekan kecik. Pekan koboi...

Kakak : Kenape awak tak masuk ikut situ je? (bila tersedar saya pusing ikut jauh)

Me : Tu kan ada tanda no entry.

Kakak : Payah betul pemandu berhemah ni.

Me : (Ketawa)..macam tak kenal..(cover lagi)

:::dalam hati : skemanya daku ::::::


:
:::::::::::::::Tak Mahu jadi macam kat bawah ni boleh tak?::::::::::::::::
:

4 comments:

NadiaH NaDya said...

haha cik mila...sama ja skema kita bab dapur 3 tu....tapi sy tepung la,bukan air....talking about kek buah. tringat plak kek buah saya yg hangus,xjadi nk bwk ke jamuan raya sekolah...baru nk usha ust mesir time tu...hihi

~An-Nur~ said...

well, ciri2 saintis tu dah terpahat dalam diri..haha...bila ingat, kadang skema kita mmg x bertempat..hehe.. aighoo....camna bole hangus.. dik na ke yg tlg abiskan????hehe...
takpa2 bole buat kek lain nt... baikkk punyaa....

NadiaH NaDya said...

saintis??hehehe
mana tak hangusnya, sy guna microwave yg x penh sy gna, percubaan pertama,haha,salah set timing kot..hangus bhgn bwhnya ja,tapi x proper la nk jamu orang...sendri mkn la jgak..hehehe

~An-Nur~ said...

hehe..dik na skali kne habiskan..
ni pun x guna microwave..guna cara lama.. dapur gas..